KAMPUNG JERUNG SEBERANG
Kampung jerung seberang terletak di daerah Marang, terengganu. terletak lebih kurang 12km dari bandar Marang.
Wednesday, 4 January 2012
GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN PARIT
dato os
man
bergambar kenang kenangan bersama penghulu mukin
yang depan sekali tu hebat...
boss kita sungguh molek...
haji zul
pok din ketua kampung kita...
GAMBAR SESUDAH BEKERJA
Gotong-royong
Amalan gotong-royong merupakan suatu tradisi Melayu yang diperturunkan daripada nenek moyang kita. Bergotong-royong bermaksud melakukan sesuatu pekerjaan secara beramai-ramai dan secara sukarela. Pada zaman dahulu, semangat gotong-royong adalah begitu kental. Seluruh masyarakat kampung akan menghulurkan pertolongan, tidak kira sama ada kematian, kenduri-kendara, musim menanam dan menuai atau semasa mendirikan rumah.
Faedah dari tradisi gotong-royong:
1. Apabila kita bergotong-royong, kerja yang berat akan menjadi ringan dan kerja yang susah akan menjadi senang.
2. Bergotong-royong memupuk persahabatan dan ukhuwah serta akan bertindak sebagai jambatan masyarakat atau jamaah yang sejahtera. Setiap ahli akan mengamalkan hidup seumpama aur dan tebing.
3. Kerja bergotong-royong dapat menjimatkan wang kerana ianya adalah percuma dan kerja juga akan disiapkan di dalam masa yang pantas.
Namun kini, semangat gotong-royong ternyata kian luntur selaras dengan perubahan zaman. Keutamaan hari ini sudah berubah berbanding masa dahulu. Kepentingan berjiran tidak ada kerana kita tidak nampak kesan baik di depan mata, sebaliknya masyarakat lebih suka pada apa yang mereka nampak. Salah satu lagi sebabnya juga apabila ianya dikaitkan dengan masyarakat kini yang lebih bersifat individualistik dan materialistik.
Saya berpandangan bahawa kita semua bertanggungjawab untuk menyuburkan balik tradisi Melayu dan budaya Islam ini. Semangat kekitaan ini perlu dipupuk di kalangan semua lapisan masyarakat dan hidup berjamaah tanpa mengira sama ada mereka tinggal di rumah teres, rumah banglo, di bandar atau di perkampungan, berjawatan tinggi atau pun kelas pertengahan. Dengan menyebarkan konsep kejiranan dan kekitaan ini, secara tidak langsung, semangat gotong-royong juga dapat dipupuk samada di kawasan perumahan kita dan juga di dalam amalan hidup secara berjamaah. Organisasi yang hebat, juga tampak sukar untuk berjaya mencapai misi dan visinya tanpa semangat gotong royong yang tinggi.
Jom semarakkan tradisi gotong-royong!
“Membina Generasi Harapan”
“Melayu Sepakat, Islam Berdaulat”
Tuesday, 3 January 2012
Monday, 2 January 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)